Don't take life too seriously,
You'll never get out of it alive.
Teraya Awal !
Saturday, August 18, 2012 | 6:08 AM | 0 comments
Assalamualaikum semua :D
hahaha, ok2, kali ni update pendek je tau, nak cerita siket pasal keselekehan bila kelang kabut sangat ni :p

urm, semalam, which is hari jumaat, and we  (my family and I) thought it was last ramadhan, so, lepas solat jumaat je, kitorang siap-siap semua nak balik kampung, my mom lah yang kesiannya, ea la, dia busy sume, baru je start cuti pun, masih ade baju nak kena jahit, mesti dah merata-rata fikiran dia, tapi kan, sebab kitorang ingat hari ni (sabtu) raya, barulah kitorang dapat berbuka dengan rendang ayam semalam, hak2 xD

malam tu, lepas dah solat maghrib sume, tanpa berlengah kitorang masukkan barang-barang dalam kereta, haha, dengan kucing sekali kitorang hangkut balik kampung :p
masa dalam kereta tu, kitorang bawak keluar preparation video-video cerita yang kitorang download, mula-mula cucuk pendrive, play cerita Harry Potter, hak2, tapi biasalahkan, da kalau dalam kereta, memang feezul syahid lah, alih-alih je tengok da betukar cerita dah ><"

and bila dah sampai kampung, kitorang salam atuk nenek, pelik jugaklah masa tu, kitorang satu-satunya family yang ada, biasa time tu dah hiruk-pikuk dah rumah tu, tapi kiotang gunakan peluang ni dengan bersih-bersihkan rumah atuk, sapu mop bagai, lepas je abes sume tu, ayah feezul ada call feezul bagi tau anak bulan takde, takbir pun tak lagi, raya ahad lah 

.
.
.

ha ?

.
.
.

whatt ???

hahaha, mase ayah call tu serius feezul blur gila, dengan suara background tempat ayah keje lagi, tak berapa nak jelas sangat. erm, pastu ibu pulak datang depan kata kita raya hari ahad, hahaha, mase tu mula lah pelbagai idea keluar dalam otak ni, baru malam tu kitorang gerak balik kampung, malam tu jugak kitorang balik rumah balik, sebab ibu ada kerja nak buat kat rumah sikit, ada la pasal tempahan baju-baju yang ibu jahit, plus, kalau balik kampung esoknya, ayah dapat join 1 kereta sekali, tak yah lah ulang alik bawak 2 kereta :)

masa balik tu lak kitorang tengok cerita mael lambung, hak2, tak sempat nak tengok abes lagi, tapi cerita dia memang awesome lah :D  tak tengok habis sebab kitorang ada singgah R&R, pegi KFC beli makanan sahur, hak2, okeyh2, sampai di sini sahaja cerita raya awal saya, sekian :p

Older Post | Newer Post